Welcome..Selamat Datang!!!!

Senyuman adalah sesuatu yang paling berharga di dunia ini....oleh itu senyumanlah selalu kerana mungkin senyuman itu bisa merubah segalanya...


Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday, May 24, 2011

AL-Fatihah Untuk Sahabatku Norsilawati.......


Gambar kenangan semasa kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Lahat
Dari kiri :- Mariam, Arwah Shila, Intan dan Aku...

Pada 19hb Mei 2001, bersamaan 16 J'Akhir 1432 sahabat aku bernama Norsilawati binti Ahmad @Ahmed (Shila) telah meninggal dunia. Menurut ibu arwah beliau telah pengsan di rumahnya dan telah di sahkan meninggal dunia di rumahnya sendiri. Seterusnya jenazah beliau di bawa ke Hospital Permaisuri Bainun untuk di bedah siasat. Beliau sebenarnya masih dalam berpantang dan hanya 8 hari pantang akan habis ketika aku berchatting dgn arwah tempoh hari.Norsilawati @ Shila adalah sahabat yg istimewa di mata aku. Arwah adalah sahabat yg terbaik. Sikap beliau yg amat periang dan bersahaja sememang sering membuat hati sesiapa sahaja akan tertarik padanya.
Pertama kali mendengar berita yg amat menyedihkan ini..hati aku bagaikan di cucuk kaca..dan dalam pada itu aku masih tidak percaya lagi...setelah di beritahu ibu arwah..aku rasa sgt terkejut, dan airmata tidak henti2 mengalir. Sesiapa yg menelefon aku..trus aja aku nangis tanpa henti. Malah sahabat2 aku hubungi aku dan minta aku bertenang..
Ketika dalam perjalanan ke rumah arwah aku terkenang akan permintaan arwah...arwah minta aku berkawin dan doakan aku supaya dpt jodoh yg baik... dan arwah merindukan aku kepingin untuk berjumpa dgn rakan2 dn aku. aku juz ckp aku akan jumpa dia dan aku suruh dier sabar ckit sbb keje tidak mengizinkan ketika itu. Masih tergiang2 lagi suaranya memanggil kak long!! kak long!!! urmmm ya Allah tabahkanlah hatiku ini.
At last aku smpi umah ibu arwah pukul 9.00 pagi..semasa aku bersalaman dgn org2 yg hadir..aku bersalam jua dgn ibu arwah...ibu arwah terus menangis semasa bersalaman dgn aku..aku turut menangisi sambil berpelukan. ibunya beritahu aku yg arwah dh x sabar nk habis pantang sbb nk jmpa kwn dan nk bercuti di Taiping. Aku hanya mampun mengganguk dan x mampu nk berkata apa2 tkut tangisan aku lagi deras. Sementara menunggu jenazah sahabat aku. Ibunya mendapat panggilan telefon dan di beritahu jenazah akan sampi pd pukul 2.00 ptg.
Disebbkan ada hal di sek aku terpaksa meminta izin ibu arwah utk keluar sekejap utk uruskan hal di sek.
Di temani sahabat aku Jua, aku memandu..sahabat aku Jua menenagkan aku dn menyuruh aku bawa bersabar. Klu tiada sahabatku Jua aritu mungkin juga aku x dpt berpikir dgn tenag. Malah sahabat Jue jua suruh aku bersabar dn bertenang. Sume sahabat call sbb bimbangkn aku. Tima kaseh sahabatku sume.
Pada pukul 2.15..aku smpi di rumah arwah sekali lagi...dn x lama itu jenazah akhirnya smpi...apabila jenazah sampi dan membuka kain putih itu..hati aku makin sebak...x terucap sepatah ayat..melihat mukanya seolah-olah arwah sedang tido..airmata aku umpama hujan lebat tiada hentinya malah apabila berjumpa rakan2 yg lain...kami berpelukan menangisi pemergian arwah. Selepas itu arwah di sembahygkan dan di bawa ke van jenazah utk dikebumikan.. masa itu ya Allah...hanya tuhan sahaja yg tahu betapa sedihnya melihat sahabat aku pergi utk kali terakhir.
Namun aku tahu Allah s.w.t lebih menyangi arwah. Pe yg bole aku buat ialah sedekahkan Bacaan yasin dn Al-Fatihah. Oleh itu marilah menyedekahkan Al-Fatihah wat sahabat ku yg teristimewa dan semoga beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman...amin...

0 comments:

Post a Comment